PADANG TERAP, 1 Julai- Konsep Malaysia MADANI yang turut memberi penekanan kepada aspek menjaga kebajikan rakyat perlu diterapkan semua pihak terutama syarikat-syarikat korporat dan Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan, NGO.
Pengarah Ghazali Shafie Executive Enhancement Programme (GSEEP), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Azman Khamis berkata penglibatan semua pihak penting untuk bersama-sama dengan kerajaan membela golongan yang kurang bernasib baik.
"Saya mengharapkan NGO-NGO di luar sana, Waima di mana-mana saja bantulah masyarakat yang memerlukan. Inilah yang kita perlu cakna kepada masyarakat sekeliling", katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada warga emas yang sakit di Kampung Surau, Pedu di sini.
(Pengarah Ghazali Shafie Executive Enhancement Programme (GSEEP), Universiti
Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Azman Khamis)