fb fb fb fb fb

Konsert Taylor Swift tidak pernah ditawarkan kepada Malaysia- Adam Adli

Adam Adli menjawab soalan tambahan  wakil Kampar Chong Zhemin

KUALA LUMPUR, 7 Mac- Malaysia tidak pernah mendapat hak penganjuran konsert penyanyi terkenal antarabangsa, Taylor Swift.

Justeru  isu yang dibangkitkan sebelum ini kononnya Malaysia terlepas peluang adalah tidak tepat.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata,  pihaknya turut  mendapatkan penjelasan mengenainya  daripada firma penasihat sukan yang berpengkalan di Malaysia, Sportswork Group Sdn Bhd.

"Konsert yang dipertikaikan ini yang melibatkan Taylor Swift sebenarnya tidak pernah ditawarkan kepada Malaysia bawah kontrak bersama dengan ASM Global, walaupun jelajah selebriti berkenaan telah diumumkan secara rasmi pada November 2022.

"Oleh itu, apa yang dilaporkan adalah salah sama sekali. Kontrak yang ditandatangani pada awal 2023 hanya untuk menyokong pengurusan keseluruhan tempat,"katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan wakil Kampar Chong Zhemin.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE