fb fb fb fb fb

KKR persembahkan pantomim '1974 - Kerja Raya Berdarah'

Datuk Seri Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 28 Ogos- Kementerian Kerja Raya (KKR) turut serta menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini bersempena dengan Pertandingan Jiwa Merdeka antara kementerian.

Bertemakan Jiwa Merdeka, KKR mempersembahkan pantomim "1974 - Kerja Raya Berdarah", mengisahkan suka duka sepanjang pembinaan projek Jalan Raya Timur Barat dalam pertandingan anjuran Jabatan Penerangan itu.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Hj Hasnol Zam Zam turut hadir pada sesi penilaian.

Ahmad Maslan berkata, konsep diketengahkan dapat memberi pengajaran kepada masyarakat terutamanya kakitangan KKR berkaitan sejarah dan cabaran yang dihadapi kementerian itu pada era 1970-an.

"Sejarah pada awal tahun 70-an kita membina Jalan Timur Barat atau lebih dikenali Lebuhraya Timur Barat antara Grik ke Jeli. Laluan berkenaan sepanjang 123 kilometer dan pembinaannya mengambil masa selama 11 tahun.

"...dan dalam tempoh awal berlaku serangan komunis yang melibatkan berpuluh-puluh kenderaan jentera berat membuat jalan dirosakkan dan tiga anggota KKR terbunuh selain orang kampung. Peristiwwa itu merupakan satu sejarah yang perlu dipertontonkan bagi kepada umum mungkin ianya tidak pernah diketahui," katanya.

Beliau bercakap kepada RTM selepas sesi penilaian Pertandingan Jiwa Merdeka oleh Panel Penilai dari Jabatan Penerangan di ibu negara.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI