
KOTA KINABALU, 15 Mac – Susulan ketidaktentuan global kektika ini, rakyat disaran mengamalkan perbelanjaan secara berhemah serta berjimat cermat dalam membuat persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
- Konflik di Asia Barat berisiko menjejaskan ekonomi dan kos sara hidup.
- Kerajaan akan berusaha memastikan rakyat tidak terkesan oleh ketidaktentuan global.
- Rakyat diminta mengambil langkah berjimat cermat kerana tempoh konflik tidak dapat diramalkan.
- Menteri menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada barisan hadapan di Kota Kinabalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, ketidaktentuan termasuk konflik di Asia Barat berisiko memberi kesan kepada ekonomi serta kos kehidupan.
“Kita (kerajaan) akan berusaha untuk memastikan rakyat tidak terkesan dalam menghadapi situasi peperangan yang tidak tentu. Tetapi, walau bagaimanapun rakyat diminta mula mengambil langkah berjimat cermat.
“Sebab kita tidak tahu sampai bila perang ini akan berlarutan. Jadi, sebaik-baiknya kita ambil langkah-langkah yang berjimat cermat ini,” tambahnya lagi.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada anggota barisan hadapan di sekitar Kota Kinabalu.