fb fb fb fb fb

KESUMA komited segerakan kuat kuasa sepenuhnya Akta Kerja

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim

KUALA LUMPUR, 19 Mac- Kementerian Sumber Manusia komited untuk segera menguatkuasa Akta Kerja sepenuhnya demi melindungi hak pekerja.

Menurut menterinya, Steven Sim; penguatkuasaan undang-undang berkaitan dibuat tanpa mengira sektor, negeri dan parti politik.

"Negara kita ada raja dan undang-undang, tidak kira swasta atau kerajaan mahupun parti politik mana, semua kena ikut undang-undang.

"Pendirian kita tetap dan tegas, kita tak akan kompromi, KESUMA akan amik tindakan jika hak pekerja tidak dibela,"katanya.

Beliau mengulas mengenai isu kelewatan pembayaran gaji yang berlaku di Kedah pada Januari lepas.

Sekali gus menjawab isu siasatan berhubung gaji guru PASTI.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE