fb fb fb fb fb

Kerajaan tidak tolak guna tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif

FOTO RTM

RAWANG, 30 Oktober- Kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk melihat tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga alternatif.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan, keputusan penggunaan sumber tenaga terbabit masih belum diputuskan kerajaan.

Satu kajian akan dilakukan bagi mempertimbangkan kesesuaian penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif di negara ini.

"Sebahagian kajian yang kita mahu buat ialah kebolehlaksanaan peringkat awal untuk kajian sama ada nuklear sesuai atau tidak untuk dilaksanakan di Malaysia," katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, Ladang Solar Terapung antara fokus projek Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) bagi mencapai sasaran gas rumah hijau sifar bersih seawal 2050.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE