Kerajaan struktur semula TVET, fokus bidang teknologi tinggi

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi/Foto BERNAMA

IPOH, 16 Mei – Kerajaan melaksanakan penstrukturan semula kurikulum Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menerusi TVET 2.0 bagi memperkukuh pembangunan tenaga mahir negara selaras dengan keperluan ekonomi masa depan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menekankan 'high TVET' untuk bidang berteknologi tinggi seperti robotik, IoT, kecerdasan buatan dan tenaga boleh diperbaharui.
  • Memperluas peluang kepada pekerja gig termasuk penghantar makanan, penghantar barangan, industri perfileman serta sokongan seni dan kebudayaan.
  • Strategi ini bertujuan melahirkan tenaga mahir berdaya saing memenuhi kehendak ekonomi masa depan.
  • Membuka laluan pendidikan luas kepada golongan hafiz untuk menceburi kejuruteraan, perubatan, perakaunan dan seni bina.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, inisiatif itu dibangunkan berasaskan kejayaan pelaksanaan TVET sebelum ini dengan penekanan kepada konsep ‘high TVET’ yang memberi fokus kepada bidang berteknologi tinggi.

Menurut beliau, antara bidang yang akan diberi tumpuan termasuk robotik, Internet Pelbagai Benda (IoT), kecerdasan buatan (AI) serta tenaga boleh diperbaharui bagi memenuhi permintaan industri semasa dan masa depan.

“Kita sedang melihat peluang-peluang yang lebih luas diberikan kepada pekerja-pekerja gig terutama penghantar makanan dan penghantar barangan serta pekerja-pekerja dalam industri perfileman dan juga industri sokongan lain termasuk seni dan kebudayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Jelajah AIM TVET di Bulatan Sultan Azlan Shah, di sini hari ini.

Menurut Zahid, langkah itu penting bagi melahirkan lebih ramai tenaga mahir berdaya saing selaras dengan keperluan ekonomi masa depan, selain membuka laluan pendidikan lebih luas kepada golongan hafiz untuk menceburi bidang profesional termasuk kejuruteraan, perubatan, perakaunan dan seni bina.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.