
KUALA LUMPUR, 13 Mei – Jemaah Menteri mengecam keras kenyataan yang didakwa menghina sahabat Nabi Muhammad SAW dan menyifatkan perkara itu sebagai tidak boleh diterima.
- Isu dibangkitkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri untuk tindakan susulan.
- Kerajaan memahami dan memandang serius reaksi masyarakat terhadap kenyataan tular.
- Beberapa laporan polis dibuat; siasatan diserahkan kepada pihak berkuasa serta majlis dan jabatan agama.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata isu berkenaan dibangkitkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini susulan kenyataan yang tular di media sosial.
Menurut beliau, kerajaan memahami reaksi masyarakat yang memandang serius perkara tersebut.
“Jemaah Menteri dimaklumkan bahawa terdapat sejumlah laporan polis yang telah dan sedang dilaksanakan dan sedang dibuat. Maka kita serah kepada pihak kuasa terutama mungkin majlis atau jabatan agama yang berkaitan untuk melakukan siasatan ,” katanya pada Sidang Media Mingguan di Angkasapuri, hari ini.
Tambah beliau, kerajaan menyerahkan kepada pihak berkuasa termasuk jabatan agama berkaitan untuk menjalankan siasatan lanjut terhadap isu berkenaan.