
PUTRAJAYA, 2 September – Kerajaan Malaysia meluluskan sumbangan sebanyak AS$1 Juta bagi membantu usaha kemanusiaan di Nepal.
- Kementerian Luar lapor 55 warganegara Malaysia masih hilang; 77 dikenal pasti di Tibet dan Nepal dan dibawa ke Kathmandu untuk repatriasi.
- Kerajaan akan terus memantau situasi melalui Kementerian Luar serta agensi berkaitan dan meneruskan usaha mengesan rakyat yang masih belum dikesan.
- Sumbangan kemanusiaan mencerminkan komitmen Malaysia membantu usaha bantuan dan pemulihan serta menitikberatkan keselamatan dan kebajikan rakyat terjejas.
Menurut Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil, keputusan itu dimaklumkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini susulan situasi yang berlaku di negara berkenaan.
Dalam pada itu beliau turut memaklumkan, Menteri Luar turut memaklumkan perkembangan terkini membabitkan rakyat Malaysia yang berada di Nepal dan Tibet.
“55 warganegara Malaysia masih belum dapat dikesan, manakala 77 lagi telah dikenal pasti berada di Tibet dan Nepal.
“Kesemua 77 rakyat Malaysia yang berjaya dikesan itu telah dibawa ke Kathmandu bagi menjalani proses repatriasi sebelum dibawa pulang ke Malaysia,” katanya ketika sidang media mingguan, di sini pada Rabu.
Tambahnya, Kerajaan akan terus memantau perkembangan situasi berkenaan melalui Kementerian Luar serta agensi berkaitan, termasuk usaha mengesan rakyat yang masih belum dapat dihubungi.
Dalam pada itu, sumbangan kemanusiaan tersebut turut mencerminkan komitmen Malaysia dalam membantu usaha bantuan dan pemulihan di Nepal.
Kerajaan turut memberi perhatian terhadap keselamatan serta kebajikan rakyat Malaysia yang terjejas atau berada di kawasan berisiko susulan perkembangan di negara berkenaan.