fb fb fb fb fb

Kenaikan gaji penjawat awam dibuat berdasarkan prestasi - PM

Anwar Ibrahim

GEORGE TOWN, 5 Mei- Pelaksanaan gaji baharu untuk penjawat awam bermula Disember ini dilihat mampu mengubah landskap perkhidmatan awam ke tahap lebih efisien dan cemerlang.

Ini kerana, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kenaikan gaji itu akan dibuat berdasarkan penilaian prestasi serta tahap kecekapan penjawat awam.

Jelas beliau, langkah itu dibuat bagi memastikan hanya mereka yang layak dan menunjukkan prestasi cemerlang sahaja menerima faedah tersebut.

"Tidak benar apabila dikatakan kita naikkan gaji dengan kekalkan kaedah yang ada. Tidak, kita naikkan gaji dengan reformasi perkhidmatan awam daripada segi tahap kecekapan, keupayaan meningkatkan prestasi kerja dan amalan mereka.

"Ini akan diumumkan sekali gus dengan sistem persaraan supaya pemilihan itu berdasarkan prestasi.

"(Justeru) kita akan perkenalkan kaedah supaya mereka (yang tidak cemerlang) dinafikan. Tidak adil orang bekerja bertungkus-lumus, (dia juga) dapat kenaikan, (begitu juga) orang yang malas dan lembab pun dapat kenaikan secara automatik. Jadi ini harus diberikan pertimbangan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara bersekali dengan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Peringkat Pulau Pinang di Tapak Pesta Sungai Nibong, dekat sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN
Kenaikan gaji penjawat awam mampu dilaksana menerusi kawalan pengurusan kewangan kerajaan
Kenaikan gaji penjawat awam bukan bahan kempen - Saifuddin
Jangan politikkan kenaikan gaji penjawat awam - CUEPACS
Penjawat awam diharap tingkat produktiviti, prestasi kerja - TPM
Kadar kenaikan gaji, perlu tumpu penjawat awam bergaji lebih rendah - Pakar
Kenaikan gaji, langkah substantif kerajaan bantu penjawat awam
Anwar umum kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus mulai Disember ini

SITI AISHAH MD ISA