fb fb fb fb fb

Kekosongan kerusi DUN Sungai Bakap dimaklum esok - Ketua Menteri

Foto FB Chow Kon Yeow

NIBONG TEBAL, 24 Mei- Kekosongan kerusi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), esok.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata perkara tersebut akan dimaklumkan Setiausaha DUN, Azizal Ahmad.

"Setiausaha DUN akan maklumkan wujudnya kekosongan kepada SPR untuk tindakan selanjutnya.

"Ia selari dengan perlembagaan negeri dan undang-undang berhubung dengan pilihan raya.. esok akan dimaklumkan," katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya pada tengah hari tadi.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Acheh pada pukul 6.20 petang tadi.

Sementara itu, Kon Yeow sempat merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas pemergian itu.

Turut hadir Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Fadhlina Sidek.

Artikel Berkaitan:
ADUN Sungai Bakap meninggal dunia

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM