fb fb fb fb fb

Kebaya, Budaya Sarapan di Malaysia diinskripsi pada Disember

Foto BERNAMA

SELANGOR, 6 Oktober- Jabatan Warisan Negara telah melancarkan program "Road to UNESCO: Meraikan Warisan Kita" sebagai usaha untuk mempromosikan warisan budaya tempatan, sejajar pencalonan Budaya Sarapan di Malaysia dan kebaya untuk diiktiraf di peringkat UNESCO.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara, Mohamad Muda Bahadin,  pencalonan itu akan diinskripsi pada Disember tahun ini menerusi 'Intergovernmental Committee for Safeguarding of the Intagible Cultural Heritage' yang ke-19.

Langkah itu penting bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan warisan budaya, terutamanya dalam kalangan generasi muda.

"Kami di Jabatan Warisan masih mempunyai beberapa senarai dalam penyelidikan yang berpotensi untuk diangkat ke UNESCO, meliputi warisan ketara dan tidak ketara.

"Antara inisiatif akan datang termasuk kerjasama dengan China untuk mengangkat tarian singa, dan dengan Singapura untuk acara Chingay," katanya.

Antara warisan budaya tidak ketara tempatan yang telah diiktiraf oleh UNESCO termasuklah Makyung, Dondang Sayang, Silat, dan Upacara Wangkang.

Selain itu, usaha itu dijangka memberi impak positif kepada ekonomi, khususnya kepada komuniti penggiat industri tekstil dan busana, dengan meningkatkan jualan produk mereka.

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM