Banjir Segamat: Penduduk terjejas meningkat

SEGAMAT, 31 Disember -Angka penduduk terjejas banjir di Segamat, Johor meningkat kepada 143 orang setakat pukul 9.00 malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kenaikan jumlah penduduk terjejas direkodkan di beberapa PPS di Segamat.
  • Jumlah keluarga yang berlindung meningkat kepada 42 keluarga.
  • Lima Pusat Perlindungan Sementara beroperasi menempatkan mangsa banjir.
  • Pembukaan PPS baru menandakan situasi banjir melibatkan lebih banyak lokasi.

Menerusi Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kira-kira 149 orang daripada 42 keluarga berlindung di lima buah Pusat Perlindungan Sementara (PPS) berbanding empat sebelum ini.

PPS berkenaan, Dewan Serbaguna Kampung Tandong di Buloh Kasap menempatkan 28 penduduk

Manakala PPS Dewan Serbaguna Kampung Tasek yang dibuka sejak 28 Disember, menempatkan 43 penduduk terjejas.

Sementara di PPS Balairaya Kampung Batu Badak, 40 orang.

PPS Balairaya Kuala Paya yang dibuka pagi tadi, 23 orang dan PPS Balairaya Kampung Sanglang, 14 penduduk terjejas.