KUCHING, 31 Disember - Jumlah penduduk terjejas banjir di Kuching yang berlindung di pusat pemindahan sementara meningkat kepada 413 orang setakat pukul 7 malam tadi.
Menurut Laporan Bencana Negeri Sarawak, seramai 228 penduduk terjejas dari 63 keluarga ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Masyarakat Stapok dan Dewan R, Piang Kampung Sinar Budi Baru melibatkan 185 orang daripada 44 keluarga.
Sementara itu, di Miri, satu PPS kekal di buka di Dewan Bulan Sabit Merah membabitkan 4 penduduk terjejas akibat tanah runtuh.
