KUALA LUMPUR, 30 April- Rompin mencatatkan status kualiti udara, tahap tidak sihat susulan kebakaran tanah gambut di sebuah ladang berhampiran Kampung Kerpal, Muadzam Shah, Pahang.
Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar menerusi kenyataan berkata setakat pukul 11.00 pagi tadi, daerah berkenaan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap 166.
Justeru, tindakan penguatkuasaan serta aktiviti pemantauan ditingkatkan melalui darat dan udara dengan menggunakan dron serta memantau bacaan IPU dari semasa ke semasa.
Sehubungan itu, semua pemilik tanah dinasihat memantau rapi kawasan yang mudah dan sering terbakar serta mengambil langkah mencegah pencerobohan pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka sama ada untuk tujuan tertentu atau tidak sengaja.