fb fb fb fb fb

Kebakaran kuarters polis : Babitkan sebuah unit pangsapuri, tiada mangsa cedera

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Ahmad Shukri Mat Akhir /FOTO FAIL BERNAMA)

ALOR SETAR, 13 April- Kebakaran di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar di Jalan Kolam Air , di sini malam tadi hanya melibatkan  sebuah pangsapuri kuaters.
 
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Ahmad Shukri Mat Akhir dalam kenyataan berkata kebakaran melibatkan bahagian ruang tamu unit terbabit yang terletak di tingkat dua.

"Kebakaran membabitkan 30 peratus kemusnahan pada struktur.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam di pangsapuri Bakawali itu tidak melibatkan sebarang kecederaan kerana penghuni tiada di rumah ketika kejadian.

(Kebakaran membabitkan bahagian ruang tamu sebuah rumah di kuaters polis Pangsapuri Bakawali,
Jalan Kolam Air di Alor Setar/FOTO Bomba)

"Api berjaya dikawal pada peringkat awal oleh penghuni lain  sebelum ketibaan bomba," katanya.
 
Beliau berkata, sebanyak dua buah jentera bomba dan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar dikerahkan ke lokasi kejadian.
 
 Pasukan bomba kemudiannya memastikan kebakaran benar dipadam dan tamat sepenuhnya jam 10.59 malam.
 
 
 
 
 
 

Media Baharu