
LABU, 30 Julai – Kebajikan golongan ibu dan bapa tunggal terus diberi perhatian melalui bantuan bersasar.
RINGKASAN BERITA AI
- Bapa tunggal perlu diberi perhatian kerana memikul tanggungjawab kepada keluarga.
- Pastikan tiada mana-mana pihak tercicir daripada menerima bantuan yang sewajarnya.
- Kesejahteraan keluarga perlu diberi keutamaan melalui perhatian dan sokongan berterusan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata golongan berkenaan juga perlu diberi perhatian memandangkan mereka juga memikul tanggungjawab kepada keluarga masing-masing.
“Kebajikan kedua-dua golongan berkenaan perlu diberi perhatian agar tiada mana-mana pihak yang tercicir daripada menerima bantuan sewajarnya.
“Jangan dilupa pada bapa tunggal kerana mereka juga layak untuk disantuni dan dibantu,”katanya pada Program Kenduri Sekampung di Kampung Gadong SC Labu, malam tadi.
Beliau menyatakan perkara itu turut perlu diberi perhatian dalam memastikan kesejahteraan keluarga.