
SEREMBAN, 30 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian kerajaan yang tidak akan berkompromi terhadap amalan rasuah serta penyelewengan yang menjejaskan masa depan negara.
- Kerajaan tetap berpegang kepada prinsip, tidak berkompromi terhadap rasuah dan penyelewengan yang menjejaskan masa depan negara.
- Rasuah mesti dibanteras; kerajaan akan meneruskan tindakan tegas demi memulihkan keyakinan rakyat.
- Sudah tiba masanya rakyat bersama-sama menyelamatkan Malaysia dengan menyokong usaha kerajaan.
- Rakyat digesa pertahankan integriti dan tolak pemimpin yang terlibat dalam rasuah demi masa depan negara.
Tegas Datuk Seri Anwar, pelbagai laporan berkaitan salah guna kuasa termasuk melibatkan Tabung Haji (TH) telah dibuka untuk siasatan.
“Kerajaan yang berani berpegang teguh kepada prinsip. Rasuah perlu dibanteras dan siasatan akan diteruskan. Sudah tiba masanya kita menyelamatkan Malaysia dan bantu kerajaan untuk menyelamatkan negara ini,”katanya pada Majlis Ramah Mesra PMX Bersama Dengan Komuniti India, malam tadi.
Beliau dalam masa sama, mengharapkan rakyat bersama-sama mempertahankan integriti dengan menolak pemimpin yang terlibat dalam rasuah.