KDN komited perkasa keselamatan awam KL

FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 18 Januari – Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya di Kuala Lumpur, akan terus memainkan peranan penting dalam memastikan tahap keselamatan awam berada pada tahap terbaik.

RINGKASAN BERITA AI
  • KDN dan PDRM akan terus memperkukuh peranan mereka dalam memastikan keselamatan awam di Kuala Lumpur.
  • Usaha keselamatan bertujuan menjamin pengalaman pelawat yang selamat dan selesa.
  • Langkah keselamatan penting supaya pelawat membawa pulang kenangan indah dan pengalaman manis.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata usaha tersebut bagi menjamin pengalaman pelawat yang selamat dan selesa.

“Daripada perspektif keselamatan, kita akan memastikan PDRM terus memainkan peranan terbaik bagi menjamin keselamatan awam.

“Langkah ini penting supaya sesiapa sahaja yang melawat Kuala Lumpur dapat membawa pulang kenangan indah serta pengalaman manis,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan sebuah restoran di sini, hari ini.