fb fb fb fb fb

Kastam Johor rampas lebih 22 juta rokok putih

Rokok yang dirampas berserta dengan mainan plastik

JOHOR BAHRU, 21 April- Kastam Johor mematahkan cubaan satu sindiket antarabangsa menyeludup lebih 22 juta batang rokok putih bernilai RM18.5 juta termasuk cukai di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, pada Mac dan awal bulan ini.
 
Timbalan Ketua Pengarah Kastam Penguatkuasaan dan Pematuhan Datuk Sazali Mohamed berkata, oeprasi pertama pada 26 Mac terhadap sebuah kontena menemui 924 kotak mengandungi lebih 11juta batang rokok putih yang disusun di sebalik 36 kotak mainan plastik.

Sindiket itu menggunakan taktik sama terhadap sebuah lagi kontena dengan menyembunyikan lebih 10 batang rokok putih di dalam 915 kotak yang disusun di sebalik 33 kotak mainan plastik pada 4 April lalu.

"Dia akan gunakan kotak-kotak yang mempunyai bentuk yang sama. Kontena memiliki bahagian luar dan dalam, jadi dekat dengan pintu sekiranya dibuka akan terlihat kotak mainan plastik.

"Tetapi di sebalik kotak mainan berkenaan ia diletakkan dengan kotak-kotak yang diisi dengan rokok putih tersebut," katanya kepad pemberita di sini.
 
Kedua-dua kontena itu didaftarkan di Kemboja dan dalam perjalanan ke Mexico.

Bagaimanapun usaha mengesan pemilik dagangan berkenaan sedang giat dijalankan, sehingga kini.
 
Kes disiasat mengikut Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI