Kanak-kanak 10 tahun dikhuatiri lemas jatuh longkang

Foto JBPM

SHAH ALAM, 29 April – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Lorong Cakera Purnama, Bandar Puncak Alam petang Selasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • JBPM menerima panggilan mengenai kejadian pada 7.47 malam.
  • Enam anggota bersama jentera Fire Rescue Tender dari BBP Bestari Jaya tiba pada 8.13 malam.
  • Orang awam melaporkan mangsa jatuh pada 3.30 petang dan dihanyutkan semasa hujan lebat; operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar mengesahkan, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 7.47 malam, sebelum sepasukan enam anggota bersama jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya tiba di lokasi kejadian pada 8.13 malam.

“Laporan daripada orang awam mengatakan mangsa jatuh ke dalam longkang pada 3.30 petang dan hanyut dibawa arus deras ketika hujan lebat.

“Kerja-kerja mencari dan menyelamat oleh pihak bomba sedang dilakukan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada malam Selasa.