Kampung Istana mampu jadi destinasi ekopelancongan – Datuk Fahmi

Foto RTM

BATU PAHAT, 4 Julai – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) berupaya memperkasa sektor ekopelancongan di Kampung Istana, Batu Pahat, menerusi latihan promosi kepada usahawan tempatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kampung Istana berpotensi besar dalam agropelancongan kerana terletak di laluan ke Gunung Banang.
  • Liputan internet lebih baik membuka peluang pendapatan untuk golongan muda dan menggalakkan mereka terus menetap.
  • Kementerian menyediakan peralatan dan melantik Kampung Istana sebagai Kampung Angkat MADANI untuk tingkat kesejahteraan dan ekonomi luar bandar.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kampung itu mempunyai potensi besar dalam sektor agropelancongan berikutan kedudukannya di laluan menuju ke Gunung Banang.

Menurut beliau, golongan muda juga berpeluang menjana pendapatan melalui aktiviti ekonomi setempat dengan adanya liputan internet yang lebih baik di kawasan itu, sekali gus menggalakkan mereka untuk terus menetap di Kampung Istana.

“Saya berharap beberapa peralatan yang telah disediakan oleh pihak kementerian kepada ketua kampung dan penduduk termasuk untuk usaha gotong-royong dapat memastikan Kampung Istana kekal bersih dan indah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa program ramah mesra Menteri Komunikasi bersama penduduk Kampung Istana di sini.

Terdahulu, Kementerian Komunikasi telah memilih Kampung Istana sebagai Kampung Angkat MADANI, dalam usaha meningkatkan kesejahteraan penduduk serta merancakkan aktiviti ekonomi luar bandar.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.