Kadar tarif air baharu di Pulau Pinang bermula 1 Julai

Pelarasan tarif air memastikan perkhidmatan bekalan air yang mampan

GEORGE TOWN, 4 Jun – Pulau Pinang bakal melaksanakan kadar tarif air baharu mulai 1 Julai ini, selepas pelaksanaannya ditangguhkan selama setahun.

RINGKASAN BERITA AI
  • 82 peratus pengguna domestik (guna 35 m3 atau kurang) hadapi kenaikan maksimum RM2.55 sebulan.
  • Pengguna bukan domestik dikenakan purata kadar baharu RM2.28 bagi setiap meter padu bagi 500 m3 pertama sebulan.
  • Pelarasan bertujuan memastikan bekalan air mampan dan menyokong pelaburan berterusan dalam pembangunan serta penyelenggaraan infrastruktur air.

Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital, Zairil Khir Johari memberitahu pelarasan berkenaan melibatkan 82 peratus pengguna domestik atau isi rumah yang menggunakan 35 meter padu air atau kurang sebulan, hanya akan mengalami kenaikan maksimum RM2.55 sebulan.

“Untuk pengguna bukan domestik pula, purata kadar tarif baharu bagi 500 meter padu pertama sebulan ialah RM2.28 bagi setiap meter padu.

“Pelarasan tarif itu, bagi memastikan perkhidmatan bekalan air yang mampan dan menyokong pelaburan berterusan dalam pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur air di negeri ini,”katanya dalam sidang media.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.