fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil susulan operasi BNM

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 18 September- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM21.31 bilion dalam sistem konvensional dan RM27.46 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik, terdiri daripada tender bernilai RM1.5 bilion untuk 30 hari dan tender bernilai RM1 bilion untuk 91 hari serta tender repo berbalik semalaman bernilai RM4 bilion untuk satu hari.

Selain itu, BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM27.8 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM27.5 bilion.- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN