KADA sasar produktiviti padi 5.5 tan sehektar menjelang 2030

Foto BERNAMA

SERDANG, 3 September Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) menyasarkan produktiviti padi meningkat kepada 5.5 tan sehektar menjelang 2030.

RINGKASAN BERITA AI
  • SPARK memperkenalkan pengurusan air berasaskan data masa nyata untuk sistem lebih pintar, responsif dan cekap.
  • SPARK menggabungkan IoT dan SCADA bagi merekod dan menganalisis aras air, kadar aliran, taburan hujan dan status pintu air secara berpusat.
  • Sistem menyepadukan pemantauan 42 stesen pam, 66 pintu air dan 40 stesen telemetri bagi menyelaras pengagihan air.
  • Sistem berpotensi melindungi sehingga 8,000 hektar sawah daripada limpahan air dan kerosakan tanaman, mengurangkan kehilangan hasil serta melindungi pendapatan pesawah.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ia disasarkan menerusi pengurusan air lebih cekap, teknologi pintar serta amalan agronomi yang baik.

Tambahnya, usaha tersebut turut diperkukuh menerusi Sistem Pengurusan Air KADA (SPARK), yang membolehkan pengurusan air dibuat berasaskan data semasa.

“KADA memikul tanggungjawab besar dalam pembangunan industri padi dan beras di negeri kelantan dengan menguruskan kira-kira 27,000 hektar tanah sawah aktif yang menjadi sumber pengeluaran makanan serta punca rezeki kepada ribuan keluarga pesawah.

“Pengurusan kawasan yang luas ini merupakan suatu operasi yang kompleks kerana setiap keputusan mengenai pelepasan dan pengagihan air perlu mengambil kira aras sungai, taburan hujan, kapasiti saliran, status pintu air, keupayaan sistem pam serta keperluan tanaman mengikut pasaran,” katanya.
ketika merasmikan Sistem Pengurusan Air KADA (SPARK) sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di sini.

Dalam pada itu, Datuk Seri Mohamad Sabu turut memaklumkan, SPARK yang bernilai RM3.7 juta itu dilaksanakan dari Mac 2024 hingga Mac 2026 turut bertujuan mengubah pengurusan air pertanian daripada kaedah konvensional kepada sistem lebih pintar, responsif dan berasaskan data masa nyata.

SPARK menggabungkan teknologi Internet Benda (IoT) dan Sistem Kawalan Penyeliaan dan Pemerolehan Data (SCADA) bagi membolehkan aras air, kadar aliran, taburan hujan serta status pintu air direkodkan dan dianalisis secara berpusat.

Sistem berkenaan turut menyepadukan pemantauan dan pengurusan 42 stesen pam, 66 pintu air serta 40 stesen telemetri bagi menyelaras pengagihan air.

“Dari segi aspek mitigasi bencana, sistem ini berpotensi membantu melindungi sehingga 8,000 hektar kawasan sawah daripada risiko limpahan air dan kerosakan tanaman. Usaha tersebut penting bagi mengurangkan potensi kehilangan hasil serta melindungi pendapatan pesawah,” katanya lagi.

Beliau berkata, kejayaan SPARK akan dinilai melalui peningkatan kecekapan agihan air, pengurangan masa tindak balas, penurunan risiko kerosakan tanaman, pematuhan jadual penanaman dan peningkatan produktiviti.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.