fb fb fb fb fb

Kabinet bincang kekal kadar SST 6% penerbangan domestik Jumaat ini

Anthony Loke

SEPANG, 4 Mac- Cadangan pengekalan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak enam peratus bagi penerbangan domestik akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet, Jumaat ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Kewangan (MOF) berhubung isu cukai tersebut yang terletak di bawah bidang kuasa MOF.

"Kenaikan SST memang sudahpun dimulakan. (Tetapi) saya akan bincang dengan MOF dalam minggu ini, dalam Kabinet," katanya kepada pemberita selepas melancarkan tambang tetap AirAsia sempena Hari Raya Aidilfitri.

Bermula 1 Mac lalu, cukai perkhidmatan dinaikkan daripada enam peratus kepada lapan peratus termasuk bagi perkhidmatan logistik dan hotel.

NAZIRATUL BALQIS BINTI AHMAD HAMIDI