fb fb fb fb fb

JPKKP digalak manfaatkan media sosial sebagai penghubung dengan komuniti

Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Ruzaini Rais, pada Majlis Penyerahan Watikah Setiausaha JPKKP bagi 18 penerima bagi DUN Mata Ayer

PADANG BESAR, 5 Mac- Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) perlu memainkan peranan aktif di peringkat akar umbi khususnya peringkat komuniti.

Ini bagi membolehkan kesemua yang dilantik melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab memikul amanah.

Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Ruzaini Rais berkata, dalam arus perkembangan teknologi hari ini, platform media sosial perlu diperkasakan sebagai penghubung antara komuniti dan JPKKP.

Selain itu, media sosial juga boleh dijadikan pusat aduan bagi mengenal pasti permasalahan setempat dan mengambil tindakan segera ke atas setiap aduan yang dikemukakan masyarakat.

Malah, JPKKP perlu merangka program yang melibatkan kesemua lapisan masyarakat secara berkala bagi mengeratkan dan menyatupadukan masyarakat setempat.

Beliau memaklumkannya  pada Majlis Penyerahan Watikah Setiausaha JPKKP bagi 18 penerima bagi DUN Mata Ayer.

Terdahulu, pada 27 Februari lalu, seramai 387 orang pengerusi JPKKP seluruh Perlis telah menerima tauliah lantikan masing-masing menjadikan negeri Perlis sebagai negeri pertama menerima tauliah lantikan berkenaan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE