fb fb fb fb fb

JPJ tambah SmED tingkat sistem penguatkuasaan

Foto hiasan

IPOH, 10 Januari- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menambahkan bilangan Peranti Penguatkuasaan Pengurusan Pintar (SmED) sebagai usaha meningkatkan keberkesanan sistem penguatkuasaan.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Aedy Fadly Ramli berkata, langkah itu bagi memperhebat penyesuaian inisiatif pendigitalan yang dilaksanakan.

Aedy Fadly Ramli berkata proses itu akan dilaksanakan secara berperingkat membabitkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM).

"Di peringkat JPJ kita telah membuat persediaan untuk mengganti dan menambah peralatan-peralatan baru untuk penguatkuasaan lesen ini.

"Dalam perancangan kita, pada tahun ini kita akan ganti peralatan-peralatan lama dan juga beli baru peralatan-peralatan untuk kita buat penguatkuasaan lesen digital," katanya dalam sidang media selepas mengadakan tinjauan pelaksanaan cetakan fizikal slip pembaharuan LMM di Pejabat JPJ di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini.

Slip pembaharuan LMM hanya melibatkan urusniaga pembaharuan LKM. Setakat ini tujuh negeri termasuk Perak telah melaksanakan inisiatif itu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI