fb fb fb fb fb

JIM tumpaskan sindiket seludup masuk warga asing melalui Sabak Bernam

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 7 Jun- Satu sindiket penyeludupan manusia warganegara Indonesia yang beroperasi selama setahun berjaya ditumpaskan dalam satu Operasi Khas sekitar Sungai Besar dan Sabak Bernam, pada Khamis.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh dalam satu kenyataan berkata ia merupakan hasil risikan selama dua minggu berdasarkan maklumat awam.

Operasi yang bermula pada pukul 8.00 malam itu berjaya memberkas seramai 15 orang termasuk seorang lelaki warga tempatan disyaki sebagai 'dalang' dan dua orang lagi terdiri sebagai 'pengangkut'.

Hasil semakan mendapati 12 orang warga Indonesia ditahan kerana tinggal lebih masa dan tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Modus operandi dipercayai menggunakan laluan laut untuk membawa masuk dan keluar warganegara Indonesia dari Tanjung Balai, Indonesia ke Sungai Besar, Selangor.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM