fb fb fb fb fb

JIM Johor hantar pulang 75 tahanan warga asing

FOTO JIM Johor

JOHOR BAHRU, 15 Jun- Seramai 75 tahanan warga asing dihantar pulang ke negara asal mereka, melalui Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Satu dan Dua serta Bangunan Sultan Iskandar, Johor, kelmarin.

Menerusi kenyataan Facebook Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor, kesemua warga asing, melibatkan 52 lelaki dan 23 wanita terdiri daripada warganegara China, Bangladesh, Pakistan serta lain-lain.

Mereka telah melepasi pengesahan kewarganegaraan dari Kedutaan Negara masing-masing dan mempunyai dokumen perjalanan sementara untuk pulang.

Penghantaran pulang itu dibuat setelah kesemua tahanan selesai menjalani hukuman atas pelbagai kesalahan termasuk mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Program pemindahan tahanan kali ke 92 tahun ini merupakan aktiviti utama Depot Tahanan Imigresen Pekan Nenas, Pontian dalam usaha memastikan semua tahanan yang telah selesai menjalani hukuman dihantar pulang. 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE