Jerebu: 4 kawasan di Sarawak sangat tidak sihat

Foto BERNAMA

KUCHING, 8 Sept Empat kawasan di Sarawak merekodkan kualiti udara sangat tidak sihat setakat pukul 11 pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serian mencatat IPU tertinggi 290 menurut APIMS, Jabatan Alam Sekitar.
  • Kuching merekodkan IPU 253, kedua tertinggi.
  • Sri Aman (231) dan Samarahan (229) juga pada paras sangat tidak sihat.
  • Tujuh kawasan lain IPU melepasi 150; Kapit 93 dan Limbang 84 kualiti sederhana.

Menurut data dari laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Serian mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tertinggi iaitu 290.

Ini diikuti Kuching dengan bacaan IPU 253, Sri Aman 231 dan Samarahan 229.

Tujuh kawasan lagi merekodkan IPU pada paras tidak sihat dengan bacaan melepasi 150.

Manakala dua kawasan merekodkan kualiti udara sederhana iaitu Kapit (93) dan Limbang (84).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.