fb fb fb fb fb

'Jelajah 7 Puncak', misi anak muda ibu kota tawan gunung

KUALA LUMPUR, 11 September- 60 belia ibu kota layak layak menyertai 'Jelajah 7 Puncak'.

Mereka dipilih daripada lebih 200 penyertaan setelah dinilai berdasarkan latihan fizikal dan mental yang dijalankan selama empat minggu sejak 13 Ogos lalu.

Misi bermula Khamis ini hingga Julai tahun depan.

Puncak yang bakal ditawan ialah Gunung Yong Yap, Gunung Chamah, Gunung Korbu dan Gunung Gayong, Gunung Ulu Sepat, Gunung Tahan serta Gunung Kinabalu.

(Ismadi Sakiri menyempurnakan Majlis Pemakaian Topi dan Pin kepada peserta)

Ekspedisi pertama pendakian akan mendaki Gunung Yong Belar di Perak.

Program anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertujuan mewujudkan kumpulan pendaki baharu terdiri daripada belia yang menetap di Kuala Lumpur.

Selain menerapkan ilmu berpasukan, keselamatan dan bersedia berdepan situasi luar jangka.

Majlis Pemakaian Topi dan Pin kepada peserta disempurnakan Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Kesejahteraan Bandar DBKL, Ismadi Sakiri.

Media Baharu