15 unit kenderaan operasi ringan perkukuh kesiapsiagaan JBPM Sabah

Foto RTM

KOTA KINABALU, 13 Ogos – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima 15 unit kenderaan operasi ringan bagi memperkukuh keupayaan mempercepat masa tindak balas, terutama ketika operasi kebakaran dan menyelamat di kawasan terpencil.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kenderaan merupakan sebahagian daripada 200 unit JBPM seluruh negara bernilai RM30.4 juta.
  • Dilengkapkan winch, pam mudah alih, siren dan ruang membawa peralatan bagi memasuki kawasan sukar diakses.
  • Boleh merintis laluan, menarik kenderaan terkandas serta digunakan untuk tugas pemantauan dan logistik.
  • Agihan meliputi Tuaran, Sipitang, Lahad Datu, Semporna, Merotai, Lintas, Kota Belud dan Kota Kinabalu.

Kenderaan berkenaan merupakan sebahagian daripada 200 unit yang diterima JBPM di seluruh negara dengan nilai keseluruhan RM30.4 juta.

Timbalan Pengarah JBPM Sabah, Lizalman Abu optimis kenderaan dilengkapi peralatan seperti winch, pam mudah alih, siren serta ruang membawa peralatan operasi, sekali gus membolehkan anggota memasuki kawasan sukar dilalui kenderaan bomba biasa.

“Aset ini turut berupaya merintis laluan dan menarik kenderaan lain yang terkandas, selain digunakan bagi tugas pemantauan serta logistik,” jelasnya.

Antara kawasan yang menerima kenderaan berkenaan termasuk Tuaran, Sipitang, Lahad Datu, Semporna, Merotai, Lintas, Kota Belud dan Kota Kinabalu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.