
KUALA LUMPUR, 5 Oktober – Jawatankuasa Khas Pelan Strategik Hala Tuju Kumpulan FELDA 2025–2030 (HTF30) telah menyerahkan Laporan Interim Pelaksanaan Pelan Strategik berkenaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Laporan interim diserahkan pada 25 September sebagai status terkini pelaksanaan pelan strategik untuk pertimbangan sewajarnya.
- Penyerahan susulan kenyataan media bertarikh 11 September mengenai penyediaan laporan interim.
- Jawatankuasa menegaskan akan terus menjalankan mandat untuk mengkaji dan meneliti pelan strategik berkenaan.
- Langkah diambil bagi memastikan objektif Hala Tuju Kumpulan FELDA dicapai melalui pelaksanaan strategi yang dirangka.
Laporan interim itu diserahkan pada 25 September lalu sebagai status terkini pelaksanaan pelan strategik untuk perhatian dan pertimbangan sewajarnya Perdana Menteri.
Jawatankuasa Khas HTF30 menerusi satu kenyataan memaklumkan penyerahan laporan itu susulan kenyataan media bertarikh 11 September 2026 berhubung penyediaan laporan interim pelaksanaan Pelan Strategik Hala Tuju Kumpulan FELDA 2025–2030.
“Jawatankuasa Khas HTF30 turut menegaskan pihaknya akan terus menjalankan mandat yang diberikan bagi mengkaji dan meneliti pelan strategik berkenaan.
“Langkah itu bagi memastikan objektif Hala Tuju Kumpulan FELDA dapat dicapai menerusi pelaksanaan strategi yang telah dirangka,” menurut kenyataan itu.
Jawatankuasa Khas HTF30 ditubuhkan bagi meneliti hala tuju strategik Kumpulan FELDA bagi tempoh 2025 hingga 2030.