fb fb fb fb fb

Jawatankuasa Hal Ehwal Rumah Ibadat Bukan Islam ditubuh

SUNGAI SIPUT, 26 Oktober - Satu Jawatankuasa Hal Ehwal Rumah Ibadat Bukan Islam telah ditubuhkan bagi memantau dan menyelaras pembinaan serta aktiviti rumah ibadat bukan Islam di Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata jawatankuasa tersebut telah bermesyuarat dan bersetuju mewujudkan undang-undang berkaitan.

Jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan oleh Pengarah Tanah & Galian Negeri Perak dan turut dianggotai wakil kerajaan serta pembangkang.

(Saarani ditemui pemberita ketika menghadiri
Majlis Sambutan Deepavali Tahun 2022 Kerajaan Negeri Perak di Dewan Konvensyen Tun Samy Vellu, Sungai Siput)

"Untuk memastikan apa juga tindakan dan aktiviti rumah ibadat bukan Islam ini dijalankan secara undang-undang yang sah, tapak yang sah. Kita tidak mahu masyarakat salahkan kerajaan seolah-olah tidak mengambil maklum perkara itu," kata Saarani di sini.

Tambah beliau, isu ini timbul apabila terdapat rumah ibadat yang dibina di atas tanah kerajaan dan di dalam gua yang mengundang risiko keselamatan.

Segala permohonan mengenai urusan tersebut akan diteliti oleh bahagian teknikal jawatankuasa iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak Bomba.


Media Baharu