fb fb fb fb fb

JAKIM komited bantu perkasa institusi kekeluargaan Islam

(Foto BERNAMA)

PUTRAJAYA, 21 September- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) komited membantu masyarakat dalam memperkasa institusi kekeluargaan Islam yang kini berdepan dengan pelbagai cabaran. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokthar berkata JAKIM yang berperanan merancang, menggubal dasar-dasar berkaitan dengan pembangunan keluarga Islam, telah melaksanakan pelbagai program-program intervensi secara berterusan.

"Jadi ketika pendemik COVID-19, kekeluargaan Islam ini tercabar.

"Salah satu aspek yang dibincangkan dalam persidangan ini adalah untuk melihat daripada sudut spritiual, ilaj ataupun bagaimana rawatan Islam, pendekatan Islam dalam menyelesaikan isu-isu tekenan mental dan sebagainya.

"Dalam konteks ini, JAKIM telah ada Kelab Sukan dan Kebajikan (KSKK) yang telah diletakkan di masjid-masjid yang mana kalau ada dalam kalangan kita, masyarakat Islam ini yang mengalami tekanan, boleh dapatkan nasihat secara percuma yang ditawarkan oleh pihak JAKIM," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Serantau Kekeluargaan Islam di sini.

Beliau berkata, persidangan yang melibatkan negara-negara serantau iaitu Brunei, Indonesia serta Singapura ini dapat menjadi titik tolak kepada jaringan kerjasama yang lebih utuh di antara negara-negara serantau khususnya dalam aspek kekeluargaan Islam. 

Tambahnya, JAKIM juga telah mengambil inisiatif menyediakan talian mycare JAKIM bagi memberi perkhidmatan bimbingan berupa khidmat nasihat dan panduan pengurusan tekanan dalam membantu rakyat Malaysia. 


(Foto BERNAMA)

Media Baharu