Isu jerebu: Keputusan penangguhan PSRA tertakluk laporan METMalaysia

Datuk Seri Amirudin Shari bercakap pada Program Bicara Perdana bersempena Hari Malaysia 2026 di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah/Foto BERNAMA

SHAH ALAM, 15 September – Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) yang dijadualkan bermula Isnin depan mungkin ditangguhkan sekiranya keadaan jerebu di Selangor bertambah buruk.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keputusan akan ditentukan selepas meneliti Indeks Pencemar Udara semasa.
  • Menteri Besar berkata keputusan bergantung kepada laporan Jabatan Meteorologi Malaysia.
  • MetMalaysia menjangkakan jerebu mungkin berlarutan hingga pertengahan Oktober.
  • Beliau menegaskan tidak boleh membuat keputusan segera tanpa laporan meteorologi dan keadaan persekitaran.

Bagaimanapun Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keadaan Indeks Pencemar Udara (IPU) semasa akan diteliti sebelum sebarang keputusan mengenai peperiksaan itu dibuat.

Menurutnya, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan keadaan jerebu berkemungkinan berlarutan hingga pertengahan Oktober.

“Kita tengok kepada situasi, kalau keadaan semakin mendesak, kita akan semak. Saya tidak boleh buat keputusan terus kerana akhirnya kita kena tengok laporan Meteorologi untuk melihat keadaan cuaca dan keadaan persekitaran,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Bicara Perdana bersempena Hari Malaysia 2026 di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.