Isu banjir kilat, infrastruktur jadi tumpuan di Kesidang

Foto RTM

BATU BERENDAM, 5 November – Isu banjir kilat, penyelenggaraan pokok serta keperluan menaik taraf infrastruktur di kawasan perumahan lama menjadi antara tumpuan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang, Allex Seah Shoo Chin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerja mencantas pokok perlu dipertingkatkan kerana akar berpotensi merosakkan sistem perparitan sedia ada.
  • Kawasan perumahan berusia 30 hingga 40 tahun memerlukan kerja menaik taraf sistem perparitan secara berperingkat.
  • Pelaksanaan naik taraf memerlukan peruntukan lebih besar serta kerjasama pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan.

Beliau berkata, kerja mencantas pokok perlu dipertingkatkan memandangkan kebanyakannya telah ditanam sejak puluhan tahun lalu, dengan akar pokok berpotensi merosakkan sistem perparitan sedia ada.

Menurutnya, kawasan perumahan yang berusia antara 30 hingga 40 tahun turut memerlukan kerja menaik taraf sistem perparitan secara berperingkat.

Bagaimanapun, pelaksanaan usaha itu memerlukan peruntukan lebih besar serta kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi berkaitan.

“Antara isu utama ialah banjir kilat dan penyelenggaraan pokok, khususnya kerja mencantas dahan. Akar pokok juga menyebabkan kerosakan sistem perparitan sedia ada. Selain itu, banyak kawasan perumahan yang berusia 30 hingga 40 tahun memerlukan kerja menaik taraf sistem perparitan,” katanya selepas ditemui media, di sini.

Beliau berharap peruntukan penyelenggaraan dapat ditingkatkan sekiranya diberi mandat sekali lagi bagi memastikan kerja mencantas pokok dan menaik taraf infrastruktur dilaksanakan secara lebih menyeluruh demi keselesaan serta keselamatan penduduk.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.