IPU lima kawasan Sarawak kekal pada tahap bahaya pagi ini

Facebook: Serian Timungen

KUALA LUMPUR, 1 September- Lima kawasan di Sarawak kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap bahaya setakat 6.00 pagi ini, dengan empat daripadanya mencatat peningkatan berbanding 11.00 malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serian catat bacaan IPU tertinggi 415 menurut portal APIMS JAS.
  • Kawasan berbahaya lain: Kuching 405, Samarahan 369, Sri Aman 355 dan Sarikei 328.
  • Empat kawasan lagi rekod tahap sangat tidak sihat: Sibu 298, Mukah 228, Bintulu 221, Samalaju 218.
  • Sembilan kawasan lagi rekod IPU tidak sihat; rujuk laman JAS atau aplikasi MyJAS EQMS untuk maklumat terkini.

Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Serian merekodkan bacaan tertinggi iaitu 415, namun menurun 12 mata berbanding 427 pada 11.00 malam tadi.

Empat kawasan lain yang mencatatkan bacaan pada tahap bahaya ialah Kuching (405), Samarahan (369), Sri Aman (355) dan Sarikei (328), masing-masing meningkat daripada 387, 357, 344 dan 307 pada 11.00 malam tadi.

Sementara itu, empat kawasan di Sarawak merekodkan bacaan pada tahap sangat tidak sihat iaitu Sibu (298), Mukah (228), Bintulu (221) dan Samalaju (218).

Di Sarawak, empat kawasan merekodkan bacaan tidak sihat iaitu ILP Miri (184), Miri (178), Kapit (176) dan Limbang (166).

Tiga kawasan di Sabah pula merekodkan bacaan tidak sihat iaitu Keningau (155), Kimanis (154) dan Tawau (138), manakala Labuan mencatatkan bacaan 166 dan Sungai Petani, Kedah (101).

Secara keseluruhan, 18 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat hingga bahaya setakat 6.00 pagi ini.

Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat.

Bagi mendapatkan maklumat berkaitan IPU terkini, layari laman sesawang JAS di pautan https://eqms.doe.gov.my/APIMS/main atau muat turun aplikasi telefon pintar rasmi MyJAS EQMS.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.