(Tan Sri Razarudin Husain memeriksa perbarisan kawalan kehormat pada
Majlis Sambutan Peringatan Hari Pasukan Polis Marin Ke-76 di Batu Uban/BERNAMA)
GEORGE TOWN, 12 Oktober- Perkhidmatan bertunjangkan integriti dan tata kelola yang baik merupakan fokus utama yang ditetapkan pada setiap anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Razarudin Husain berkata aspek integriti kekal menjadi keutamaan dan ia perlu menjadi budaya seluruh warga pasukan.
Ini secara tidak langsung menaikan imej dan meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap PDRM.
(Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Razarudin Husain)
"Tahun ini, sehingga Ogos SPRM menangkap pegawai dan anggota seramai 90 orang sahaja. Kalau 90 orang dibahagi dengan kita ambil yang sedikit 1300 orang baru 0.0 peratus sahaja, sangat sedikit dan tindakan yang diambil, pada kita sendiri PDRM untuk buka kertas siasatan. Untuk buka kertas tatatertib sejumlah 881 kalau dibanding dengan 130,000 anggota pegawai baru 0.6 peratus.
"Jadi sebenarnya pada saya, kita betulkan dalaman ini. Kalau saya hendak cakap macam ini, tidak ambik tindakan, itu pun tidak benar", katanya.
Tan Sri Razaruddin berkata demikian di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Batu Uban, Pulau Pinang.
Beliau diminta mengulas mengenai rakaman video ucapan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang tular baru-baru ini.