Insiden feri kes terpencil, tidak gugat keyakinan pelancong

Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Wong Hon Wai ditemui pemberita di Georgetown – Foto RTM

GEORGETOWN, 3 September – Insiden pelanggaran feri dengan sebuah kapal berhampiran Terminal Feri Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH), Butterworth tidak menjejaskan keyakinan pelancong terhadap perkhidmatan pengangkutan ikonik itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Wong menyifatkan kejadian sebagai kes terpencil kerana feri beroperasi setiap hari dengan kekerapan perjalanan yang tinggi.
  • Pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan menyeluruh untuk mengenal pasti punca dan kelemahan serta ambil langkah penambahbaikan.
  • Laporan siasatan lengkap mesti diteliti bagi memastikan permasalahan dikenal pasti, diselesaikan dan keselamatan feri terjamin.

Keyakinan itu disuarakan Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Wong Hon Wai, sambil menyatakan ia merupakan kes terpencil kerana perkhidmatan feri beroperasi setiap hari dengan kekerapan perjalanan yang tinggi.

Beliau bagaimanapun menegaskan, siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kejadian termasuk mengambil langkah penambahbaikan bagi mengelakkan kejadian
sama berulang.

“Kejadian itu adalah insiden terpencil dan bukan perkara yang lazim berlaku. Namun, pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian, termasuk sebarang kelemahan yang wujud serta mengambil langkah penambahbaikan bagi mengelakkan insiden sama berulang, ” katanya.

Wong juga memaklumkan, laporan lengkap siasatan perlu diteliti bagi memastikan segala permasalahan dikenal pasti dan diselesaikan, sekali gus menjamin keselamatan perkhidmatan feri untuk orang ramai.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis sidang media Festival Citra Mutiara (FCM) yang bakal berlangsung di Lebuh Armenian, di sini selama 3 hari bermula 11 September ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.