Dakwaan Tan Sri Madinah tidak dipanggil RCI Tabung Haji tidak benar – Tan Sri Rashid

Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Abdul Rashid Hussain./ RTM

BANGI, 3 Sept – Dakwaan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad, bahawa beliau tidak dipanggil dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji adalah tidak benar dan tidak berasas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tan Sri Madinah diberi perintah mahkamah atau sapina untuk hadir ke RCI pada 3 Jun 2022.
  • Beliau memohon hadir bersama Timbalan Pengarah Bahagian Audit Kewangan Dr Mona Othman, permintaan itu tidak dapat dipenuhi.
  • Tatacara RCI menghendaki pemeriksaan saksi dijalankan secara individu satu persatu.
  • Beliau diberi 75 soalan untuk dijawab melalui akuan berkanun termasuk lampiran, dan rekod dimasukkan dalam prosiding.

Pengerusi Tabung Haji (TH), Tan Sri Abdul Rashid Hussain berkata, Tan Sri Madinah telah diberikan perintah rasmi mahkamah atau sapina untuk hadir di hadapan RCI pada 3 Jun 2022.

Bagaimanapun katanya, Tan Sri Madinah memohon untuk hadir bersama Timbalan Pengarah Bahagian Audit Kewangan ketika itu, Dr Mona Othman.

Beliau berkata, permohonan berkenaan tidak dapat dipenuhi kerana berdasarkan tatacara prosiding RCI, setiap saksi perlu diperiksa secara individu atau secara satu dengan satu.

“Selain itu, Dr Mona telah pun dipanggil untuk memberikan keterangan kepada RCI pada sehari sebelumnya, iaitu 2 Jun 2022 dan penjelasan penuh berhubung perkara itu telah pun direkodkan dalam prosiding suruhanjaya,” katanya.

Tan Sri Abdul Rashid berkata, Tan Sri Madinah turut diberikan peluang untuk menjawab 75 soalan yang dikemukakan RCI secara bertulis melalui akuan berkanun.

“Dengan memberikan beliau 75 soalan untuk diserahkan kepada kami, yang mana telah beliau lakukan di bawah akuan berkanun, beserta lampiran yang kemudiannya turut dilampirkan bersama soalan-soalan tersebut.

“Ia berada dalam rekod kenyataan saksi kami. Oleh itu, tidak benar bahawa beliau tidak mempunyai peluang untuk diwakili,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi panel dalam program Dialog Ummah: Realiti dan Masa Depan Tabung Haji di Bangi, hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.