Insentif kecekapan tenaga telah memanfaatkan 9.2 juta pengguna

Orang ramai digalak menggunakan elektrik secara cekap bagi memastikan kemampanan jaminan bekalan tenaga jangka panjang / Foto RTM

KUALA LUMPUR , 3 April – Insentif kecekapan tenaga berjumlah RM2.8 bilion telah dinikmati kira-kira 9.2 juta pengguna elektrik di Semenanjung, sejak diperkenalkan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengguna domestik dengan penggunaan bulanan 600 kWj ke bawah dikecualikan pelarasan kos AFA dan tidak terjejas oleh turun naik harga bahan api dunia.
  • Pengguna dengan penggunaan elektrik bulanan 1,000 kWj ke bawah layak menerima Insentif Cekap Tenaga.
  • Orang ramai digalakkan menggunakan elektrik secara cekap dan berhemah bagi memastikan kemampanan bekalan tenaga jangka panjang.
  • Tip praktikal: tetapkan penghawa dingin pada 24 darjah Celsius, guna lampu LED, dan pilih peralatan 4 atau 5 bintang.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga (ST), Siti Safinah Salleh memaklumkan, pengguna domestik dengan penggunaan elektrik bulanan 600 kilowatt jam (kWj) ke bawah turut dikecualikan pelarasan kos Mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA), sekali gus tidak terjejas dengan turun naik harga bahan api dunia.

“Pengguna dengan penggunaan elektrik bulanan 1,000 kWj ke bawah pula layak menerima Insentif Cekap Tenaga.

Sehubungan itu, orang ramai terus digalakkan untuk menggunakan elektrik secara cekap dan berhemah bagi memastikan kemampanan jaminan bekalan tenaga jangka panjang.

”Setiap individu memainkan peranan penting dalam mengurus penggunaan tenaga dengan lebih berhemah. Sebagaimana kita sedia maklum, turun naik harga bahan api dunia dijangka memberi impak kepada kos penjanaan tenaga elektrik.

“Walau bagaimanapun, impak itu terkawal, melalui kepelbagaian sumber tenaga serta pelarasan kos mekanisme AFA,” katanya pada taklimat mengenai krisis tenaga global.

Pengguna turut disaran mengenai kecekapan penggunaan tenaga praktikal, antaranya penggunaan penghawa dingin secara optimum dengan menetapkan suhu pada 24 darjah celsius untuk penyimpanan tenaga.

Selain, penggunaan lampu LED yang lebih cekap tenaga juga pemilihan peralatan cekap tenaga yang berlabel 4 atau 5 bintang.