fb fb fb fb fb

Impak besar Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Antarabangsa (MTHQA) ke-64 kepada negara

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar/ Foto RTM

KUALA LUMPUR, 9 Oktober - Peningkatan penyertaan peserta yang sangat ketara daripada 52 kepada 71 negara pada Majlis Tilawah dan Hafazan Al Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) tahun ini, menunjukkan tanda kesatuan umat Islam seluruh dunia melalui al-Quran. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, dengan sambutan yang menggalakkan ini, ia mampu memberikan keyakinan kepada masyarakat di seluruh dunia tentang kukuhnya perkembangan syiar Islam di Malaysia. 

"Sudah tentu dengan adanya penyertaan lebih ramai peserta luar ini memberikan impak yang sangat positif kepada negara dan juga kepada rakyat malaysia."

Daripada sudut rakyat Malaysia khususnya umat islam, mereka dapat melihat bagaimana umat islam dari negara luar khususnya dari negara yang mempunyai penduduk islam minoriti, boleh membaca al-quran dengan baik."

Beliau ditemui selepas melakukan sesi kunjungan mesra menyantuni petugas-petugas bahagian Penyiaran JAKIM di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. 

Tahun lalu, seramai 76 peserta dari 52 negara telah menyertai MTHQA, manakala tahun ini meningkat kepada 92 peserta dari 71 negara.

Trainee