
KANGAR, 11 Oktober – Seramai 483 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 mewakili 26 sekolah menengah seluruh Perlis menyertai Program i-Transformasi Intelek Pelajar Perlis (i-TRIPs) bagi memperkukuh persediaan untuk menghadapi peperiksaan itu pada November depan.
- Program memberi fokus kepada pengukuhan akademik, latihan berfokus, analisis pencapaian dan peningkatan keyakinan pelajar menghadapi SPM.
- Dirangka sebagai intervensi akademik terancang dan menyeluruh dengan tumpuan kepada pengukuhan pelajar dalam subjek teras.
- Fasa satu libatkan 243 pelajar daripada tujuh sekolah kawalan; fasa dua melibatkan 240 pelajar daripada 19 sekolah harian.
- Pelaksanaan hasil kerjasama FCoEE dan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dengan sokongan sumbangan wakalah daripada PTPTN.
Pengerusi Eksekutif Pusat Kecemerlangan Pendidikan Faizuddin (FCoEE) Profesor Emeritus Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata, program itu memberi fokus kepada pengukuhan akademik, latihan berfokus, analisis pencapaian dan peningkatan keyakinan pelajar dalam menghadapi SPM.
“Program I-TRIPs digubal sebagai satu bentuk intervensi akademik yang terancang dan menyeluruh serta memberi tumpuan kepada pengukuhan pelajar dalam subjek teras
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutup Program i-Transformasi Intelek Pelajar Perlis bagi Fasa Pertama di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis, di sini.
Seramai 243 pelajar daripada tujuh sekolah kawalan terlibat dalam program itu bagi fasa satu bermula 5 Oktober hingga Sabtu.
Manakala 240 pelajar lagi daripada 19 sekolah harian pula akan menyertai pelaksanaan fasa dua program itu pada 12 hingga 17 Oktober.
Pelaksanaan program itu hasil kerjasama antara FCoEE dan JPN Perlis berserta sokongan sumbangan wakalah daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).