fb fb fb fb fb

Hulu Selangor dan Hulu Langat dikenal pasti antara kawasan hotspot kepala air

FOTO HIASAN/FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 4 Januari-Dua daerah di Selangor dikenal pasti berisiko tinggi berlakunya fenomena kepala air.

Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata,ia melibatkan dua daerah di Hulu Selangor dan Hulu Langat meliputi kawasan air terjun, sungai dan lata yang sering menjadi tumpuan orang ramai.


"Banyak lokasi kepala air di Selangor terutama di Hulu Selangor termasuk di beberapa sungai seperti sungai Cili, sungai Kedondong.

Di kawasan Hulu Langat, banyak sungai yang dikenal pasti berlaku banjir dan kes kepala air dan terdapat juga kes lemas yang kita pernah kendalikan" katanya demikian selepas menjadi tetamu dalam program Hello Selangor Ya Boss di Selangor FM di sini.

Wan Md Razali turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika melakukan aktiviti di air sepanjang musim Monsun timur laut (MTL)

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD