fb fb fb fb fb

Hujan lebat serta ribut petir dijangka pagi raya Aidilfitri

Foto hiasan/ Foto RTM

KUALA LUMPUR,7 April - Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangka ribut petir dan hujan berlaku di beberapa tempat pada pagi Aidilfitri ini.

METMalaysia dalam kenyataan berkata, ribut petir dan hujan dijangka berlaku di Johor, Kelantan dan Terengganu.

Situasi sama dijangka akan turut melanda Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu serta Kapit di Sarawak dan Sandakan di Sabah.

METMalaysia turut menjangka ribut petir dan hujan di beberapa tempat di Pahang, Johor dan Sandakan, Sabah.

Ribut petir dan hujan dijangka di beberapa tempat di Selangor,Kuala Lumpur, Johor, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD