HSA perlu tingkat tahap waspada susulan isu penyamaran sukarelawan

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Ling Tian Soon/ BERNAMA

JOHOR BAHRU, 27 April – Pihak hospital diminta meningkatkan tahap kewaspadaan susulan berlakunya penyamaran sukarelawan sebagai staf di fasiliti kesihatan, Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor bahru.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perketat prosedur semakan dan pengesahan identiti bagi mengelakkan penyalahgunaan kad dan akses tidak sah.
  • Pengurusan hospital disaran mengendalikan isu berkaitan secara profesional dan meningkatkan langkah pencegahan.
  • Walaupun niat menghantar sukarelawan baik, langkah keselamatan perlu dipertingkatkan selepas penemuan penyalahgunaan.
  • Seorang individu ditahan selepas tular video menyamar kakitangan dan meminta bayaran deposit wad secara tunai.

Prosedur semakan dan pengesahan identiti disaran diperketat bagi memastikan insiden terbabit tidak berulang.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Ling Tian Soon berkata, pihak pengurusan hospital perlu mengendalikan hal berkaitan secara profesional.

“Sebelum ini kita tiada inisiatif menghantar sukarelawan ke dalam hospital untuk membantu. Niat kita memang baik, tetapi ada orang yang menyalahgunakan kad tersebut.

“Oleh itu, selepas ini kami akan lebih berhati-hati. Nasib baik, tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku dan ia menjadi satu peringatan kepada pihak pengurusan,” katanya.

Tambahnya, walaupun tiada insiden tidak diingini dilaporkan, perkara itu perlu dijadikan pengajaran agar langkah pencegahan dapat dipertingkatkan.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program JCORP Group Sustainability di Johor Bahru, Johor.

Dalam perkembangan sama, seorang individu ditahan polis, susulan penularan video insiden dipercayai menyamar sebagai kakitangan hospital, selain meminta bayaran deposit wad secara tunai daripada mangsa.