fb fb fb fb fb

Hasrat dua beradik ziarah kubur ayah di Mekah tercapai

MEKAH, 17 Jun- Hasrat dua beradik menziarahi kubur Allahyarham bapa mereka, Sajari Sawi yang meninggal dunia semasa bertugas di Mekah, pada 2016 akhirnya tercapai selepas kedua-duanya menjadi tetamu Allah pada musim haji tahun ini.

Nurul Syazwani, 31, dan adiknya, Nurul Farhanah, 29, tidak menyangka selepas lapan tahun, akhirnya mereka dapat menziarahi kubur Allahyarham bapa, walaupun hanya dari luar kawasan perkuburan Syaraa’ik.

Menurut Syazwani, niat menziarahi kubur Allahyarham bapa telah dirancang pada 2017 namun tertangguh disebabkan ibu mereka sakit dan disahkan menghidap kanser gusi.

Selepas kematian ibu, Faridah Harun pada 2018, impian tersebut semakin sukar sebelum masing-masing mendapat panggilan haji pada tahun ini.

"Ada rancangan dengan arwah mak tetapi selepas setahun arwah bapa meninggal, arwah emak pula sakit, jadi tidak dapat dilaksanakan rancangan," kata Syazwani.

(Nurul Syazwani (kanan) dan adiknya Nurul Farhanah (kiri)
yang berpeluang menziarahi perkuburan Syaraa’ik di Mekah)

Sementara itu, seorang lagi adik meraka, Mohd Syamil tidak dapat ikut serta selepas rayuan untuk panggilan haji ditolak.

Allahyarham Sajari merupakan salah seorang petugas Tabung Haji sebelum ini, meninggal dunia di khemah di Mina akibat serangan jantung.

Media Baharu