fb fb fb fb fb

Harga pasaran koko capai RM20,000 per tan metrik

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 11 Mac- Harga pasaran koko kini berada pada kedudukan yang baik sehingga mencapai RM20,000 per tan metrik.

Timbalan Menterinya, Datuk Chan Foong Hin berkata pihaknya mempunyai sasaran agar tanaman koko diperluas daripada 5,985 hektar kepada 10,000 hektar dalam tempoh lima tahun, dengan tumpuan kepada variati penanaman koko premium.

Selain, menjenamakan dan mempromosikan produk premium koko tempatan sebagai koko asal tunggal ('single origin') dan koko berperisa unik ('fine flavour').

"Meningkatkan aktiviti pengeluaran produk huluan yang berkualiti, menerusi Program Rangsangan Pengeluaran Hasil Koko di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 dengan membangunkan seluas 550 hektar projek tanaman koko integrasi melalui fasa pembangunan 2022 dan 2023.

"Projek ini menyediakan kemudahan seperti mini pemprosesan koko di kelompok pengeluaran koko bagi menyokong dan membantu pekebun kecil," katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tenom, Riduan Rubin di Dewan Rakyat di sini.

Tambahnya, pengenalan teknologi dan adaptasi teknologi sedia ada turut digalakkan bagi memudah cara pengurusan ladang melalui mekanisasi.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM